Welcome

INSTITUTE OF VISUAL INFORMATICS (IVI); now known as the INSTITUTE OF IR4.0

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA











Wednesday, December 30, 2015

International Visual Informatic Conference (IVIC 2015)


BANGI, 1 Dis 2015 – Visual informatik adalah data yang amat diperlukan dalam bidang analisis dan membuat perbezaan bagi menangani fenomena pelbagai bencana alam seperti Perubahan Iklim dan kekurangan sumber makanan.
Ia digunakan bagi tindakan membantu komuniti di seluruh dunia untuk membuat persediaan sumber-sumber penting seperti air, makanan dan pertanian.
Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam visual informatik di seluruh dunia adalah semakin maju berbanding sebelum ini.
“Fakta telah menunjukkan bahawa R&D terutamanya dalam Big Data dijangka akan meningkat kepada USD$46.34 bilion (RM200 bilion),” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Persidangan Antarabangsa Visual Informatik Ke-4 (IVIC’15) di sini pada 17 November lalu.